Tetamu (tinggalkan jejak anda)

Jumaat, Julai 30, 2010

Kisah Gajah (Mental Block)

Assalammualaikum..

Hai semua para pembaca mahupun blogger..post kali ni, saya x nak cerita pasal software lagi..kita cerita pasal lain..hua3.. Kali ni, saya nk bercerita lak..pasal kisah gajah.. Huh! Gajah!...Apa ada ngn gajah nie? adess..

Dah2..kang x bercerita lak..camni ceritanye..jeng..jeng...jeng..

Ada seekor gajah. Gajah ni daripada kecik diikat ngn seutas rantai besi..oleh sbb diikat rantai, dia hanya boleh bergerak dalam lingkungan 4 meter jek. Bertahun-tahun dia hidup mcm tu..Dia makan, minum dan bermain dalam lingkungan 4 meter tu jek.. Lama-lama dia jadi terbiasa. Dia menganggap dunia dia setakat 4 meter tu je..


Sekarang dia dah besar..gajah dewasa setinggi 3 meter n berat beratus kilo.. Tapi, dia masih lagi berada dalam lingkungan 4 meter tu. Padahal, bukan setakat rantai besi, tembok simen pun boleh dia pecahkan. 
Penjaga dia menggantikan besi tu ngn seutas benang pulak..uik..benang?? hairan bin ajaib, dia masih juga bergerak dalam kawasan keramat 4 meter tu.. Dia sudah 'terperangkap'..

Apa yang kita boleh belajar dari cerita tu?? ermm..ape ek?


Kita sebagai manusia pun selalu mengalami masalah yg sama ngn gajah tu. Bukan 'road block', tapi 'mental block'..iaitu sekatan minda. Kita rasa takat ni saje boleh buat.. Sudah sampai hadnye..kalau lebih, over limit..dah x boleh..nanti meletup..terbakar n mati...hua3..

Ada orang yg sejak kecik hanya dihantar dan diambil oleh ibu bapanya..dia x penah menunggang basikal ataupun motosikal apatah lagi memandu kereta. Bagi dia, bawak kenderaan sangat susah n merbahaya.. Dia rasa x yakin..

Hari ni, dia sudah jadi bos kilang kereta..pakai Jaguar dan Ferrari.. Tapi yg bawa, yang boleh menikmati kehebatan kereta tu..adalah driver dia. Dia masih juga jd penumpang..duduk kat belakang, baca surat khabar..pasal ape? pasal x berani nk bawak kereta..

Cuba kita tgk diri kita..ada x 'benang' yang meengikat kita? Putuskn benang tu dan bergerak keluar dari 'kurungan' yang mengurung kita. Kalau kita fikir kita boleh, kita pasti boleh..kalau kita fikir kita gagal..nah..pasti kita gagal..

Setiap hari peluang muncul. Malangnya kita ambil tangan, tutup mata. Tutup telinga kita, fikiran kita..hidup kita dan diri kita.. Peluang lalu saje dan menjadi sia-sia. Kita mesti bersedia di peringkat seterusnye..hidup ni kena maju, maju n terus maju.. Jangan berhenti sebelum masanye.. Salah satu ciri-ciri benda hidup adalah bergerak..so.. jangan kita 'mati' sebelum masanya.


p/s: Cerita ini hanya utk kongsi ngn para pembaca dan untuk diri sy jugak.. yang mna baik.jadikn sbg pedoman..n yg mna x elok tu..kita jdkan sempadan.. Orait..! TAMAT.


Semoga Terhibur!



1 comments:

saya cello191 berkata...

kisah gajah yang menarik...^^

Catat Ulasan