Kenapa aku tak dapat elak dari terus bercinta? Kenapa aku harus bercinta lagi sedangkan aku sendiri sudah rasa cinta tu sgt pedih bila didustai..huhu..Hurm..aku pun x pasti kenapa aku senang sgt bercinta..senang sgt jumpa yg baru.. bukan kerana aku cepat melupakan yg lama.. Ada org kata, kita harus cari yg baru utk lupakan kekasih lama kita..wargh....
Kisah yg aku ingin cerita ni, adalah kisah yg berlaku pada aku beberapa hari ini.... Aku pernah kecewa dulu, dan cuba untuk melupakan utk bercinta.. Aku sibukkan diri ngn berkawan, melayari internet, chatting ngn kawan2...
Dan tanpa aku sedari, seseorang telah dapat membuka pintu hati aku kembali... Pada mulanya, aku sgt takut untuk bercinta. Aku tahu...aku x patut bercinta lagi...mungkin sbb aku adalah seorang lelaki yg mahukan macam tu...so aku beranikan diri untuk "approch" sorang girl ni..
Kisah ni bermula sewaktu aku kenal dia melalu "Tagged". Kami berkawan tp jarang la jugak msg. Aku pun x sedar macam mana aku boleh tertarik ngn dia.. Dia layan aku seperti seorang kawan je dan x lebih dari tu.. Aku cuba utk dekati dia, mulanya aku minta no phone dia..waa....dia bagi...
Sejak dapat no phone dia, no celcom aku yg x pernah nak topup dah selalu topup..huhu... Aku cakap kat dia yang aku mula sukakan dia dan aku ingin jadikan dia kkasih aku. Dia x terima aku pada mulanye, kerana dia masih takut lagi.. Kami masing2 belom mengenali antara satu sama lain.. Msg punya msg, akhirnya dia ckp dia boleh terima aku..dia syg aku tp masih belum kuat lagi cintanya pada aku...
So..takpe la..baru lagi kan.. bila dah selalu msg, kami makin bertambah rapat.. Bayangkan, walaupun kerja masing2 masih byk, tp dua2 x mahu beralah..masih nk msg jugak.. hehehe.. aku x rasa dia ganggu apa yg aku sedang buat, malah aku hepi bila dpt msg dia..
Dari msg, kami berbual pulak... setiap malam kami akan berbual sebelum tidur.. Sampai dah xda benda nk ckp pun, still nk ckp jugak...sampai la satu ketika tu, kitorang terdiam sama2..hehe...Sejak kami couple, dia byk buat aku hepi.. aku rasa senang, hepi dan terasa disayangi setiap masa. Bagi dia, aku adalah cinta pertama buat dia..hehe...
So, inilah dia perempuan yang berjaya buka pintu hati aku untuk bercinta.. Skang ni, dia sedang melanjutkan pelajaran dlm bidang interior designer..Aku suka dengan sikapnya.. sikapnya buatkan aku terasa senang bersama dengannya.. Antara sikap yang aku perasan buat masa ni,
- dia sgt baik
- caring
- pandai amik hati aku
- sentiasa tersenyum dan buat aku tersenyum
- pandai berdikari
- sgt menjaga hubungan kami
- seorang yang periang / happy go lucky
- seorang teman yang boleh dipercayai dan diharapkan
Buat masa ni, tu je la yg aku tau ttg sikap yg ada pada diri dia.. Ohya, ada kawan aku ckp, cepatnya dapat pengganti..aku hanya senyum, senyum dan senyum...hahaha...
Sekarang ni, alhamdulillah aku bahagia sgt2.. kami harap hubungn ni akan kekal selama-lamanya..









