Tetamu (tinggalkan jejak anda)

Ahad, November 29, 2009

Cinta.FM

Assalammualaikum w.b.t.

Hai semua...
Post sab kali ni..Cinta.Fm.. ape tu CintaFM???
CintaFM adalah sebuah rangkaian radio tempatan..usianya baru sebulan je lagi..
Dj yang mengendalikan CintaFm adalah berasal d
ari Dj di GegarFM...

Kepada kawan2 yang berada di luar sana, kalau bosan2 kat umah tu..jom la..kita dengar lagu2 dan kerenah2 dari CintaFM ni..Oh ye, sab lebih dikenali ngn panggilan "Lord" di ruang sembang di CintaFM tu sbb sab telah dilantik oleh Admin CintaFM utk mengendalikan ruang semban
g di laman web rasmi CintaFM..

Temui Dj CintaFM seperti DJ Tansya @ Manja, DJ Awe Redland, DJ Sebrtulnya, DJ Supergurlz, DJ Fiq dan DJ Sham @ papa Sham...dan bersama saya Mod Lord Sab, Mod Flowergurlz dan Mod Sal di ruang sembang KoleksiCinta di CintaFM..



Interface laman web rasmi CintaFM, marilah join kami di CintaFM...




Ruangan di sebelah kiri, anda boleh terus menghantar pesanan ringkas (instant messanger) kepada para Dj dan juga Mod Cinta FM jika memerlukan bantuan utk mendengar CintaFM..

Inilah gambar ruang sembang(ChatRoom) di CintaFM..
Berbual, berkongsi pendapat atau meluahkan perasaan anda di sini..
Kami sedia melayan anda...jika ada masalah..pm(private messange) je terus kami di sana k...


Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian dari ahli CintaFM, daftar diri anda di sini :

Jika anda ada lagu mahupun ucapan untuk ditujukan kepada sesiape pun, anda boleh ke laman ini :


Dan, jika anda mahu mendengar terus dari pemain musiz anda(player) seperti winamp ataupon real player.. anda boleh la klik terus di sini :


Semoga terhibur dengan lagu-lagu yang telah di susunkan khas untuk anda, para pendengar CintaFM...



Terima kasih,
Mod Lord Sab @ Lord


Khamis, November 12, 2009

Cinta Iman vs Cinta Hawa nafsu

Assalammualaikum..

Cinta adalah hadiah dari Allah SWT dan merupakan salah satu daripada fitrah semulajadi yang Allah tetapkan pada manusia, sepertimana ibu yang cintakan anaknya tidak perlu di ajar, dan isteri mencintai suaminya.

Cinta boleh didifinasikan sebagai sayang, kasih dan menghargai, tetapi malangya, kebanyakan daripada kita menyempitkan definisi cinta ini kepada orang-orang tertentu khususnya kepada orang yang disayangi bahkan cinta kepada perkara yang membawa kepada haram seperti cintakan harta, kuasa dan perempuan.

Cinta boleh dibahagikan kepada dua, pertama, cinta kepada Allah yang lahir daripada iman, dan kedua, cinta kepada selain dari Allah yang lahir daripada hawa nafsu. Kebanyakan manusia pada hari ini mendapatkan cinta daripada sumber yang salah, iaitu hawa nafsu yang hanya akan mengakibatkan kita lalai dan jauh daripada Allah, bahkan ianya akan membawa ke neraka, nauzubillah!. Jika cinta itu lahir daripada keimanan yang mantap, maka kita akan merasakan kenikmatan yang tinggi bahkan merasakan bahawa kita dekat dengan Allah, apabila lahir kesemua ini, maka hati kita akan merasa tenang setenangnya, dan ganjarannya adalah syurga!

Surah Ar-Ra’d, 28: Ketahuilah hanya dengan mengigati Allah, hati akan tenang.

Cinta yang lahir daripada iman, akan menghalang kita daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT, sebagaimana seorang wanita mencintai jejaka idamannya, maka dia akan meninggalkan perkara yang tidak disukai oleh temannya.

Hadis Nabi SAW:


“Bagi setiap muslim yang melihat kepada kecantikan seorang wanita, lalu dia segera mengalihkan pandangan, lalu Allah akan timbulkan suatu ibadat yang akan dirasakan kemanisan dalam hati. – Riwayat Imam Ahmad.

Renungilah kisah Mus’ab bin Umair yang cintakan Islam sehingga sanggup mengenepikan ibunya yang inginkan dia kembali kepada kekafiran. Katanya:

“Ibu, jika mempunyai 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu per satu dengan ugutan saya kafir, nescaya saya tidak akan beganjak...”

Kembalilah kepada cinta yang sebenar, letakkanlah Allah di atas segala-galanya, lebihkan akhirat dan insyaallah dunia akan datang dengan sendirinya…ingatlah, kematian akan menjemput..


p/s: copy & paste untuk para pembaca dengan niat fisabillah..

Ahad, November 08, 2009

~ Hai ~

Assalammualaikum,

Hai para pembaca sekalian, ya..sab kembali lagi setelah lama x update blog ni..huhu.. busy je memanjang..

Sab sedang menjalani latihan industri/praktikal, jadi agak busy sikit. Baru-baru ni, syarikat yang sab praktikal tu suruh sab dan kawan sab(Lan) design website untuk syarikat tu..

Ape lagi? Kitorang pun try la design website tu..baru nk explore dreamweaver ni..huhu..dulu x nk wxplore..adehhhh... tapi nasib baik sab dah ada pengalaman dlm coding html dah, so guna dreamweaver ni agak mudah lagi la dari html..

Time nk design website ni la yg byk nk pikirkan..yela..website tu untuk corporate company, cam sab ni yang berjiwa remaja..maunya letak macam2 dalam website tu untuk nampak canggih.. last2 dah x nampak cam company punya website dah..dah jadi website sab..hahaha...

Explore punye explore, last2 website company x jugak siap, yang siapnye website sab..hehe..eh! sab ada website ke??

Ya..jawapannya ada. Pada mulanya, website sab tu hanya nk cuba2 je..tapi sekarang ni, cam best lak wat website tu.. Ada 2 website yang baru sab buat, iaitu "Lord Sab's Games Site" dan jugak "Lord Sab's Love Site".. ala jiwang la gak...ye..ngaku..huhuhu...

Kalau ada yang berminat untuk melayari laman web tu boleh la klik kat bawah ni ye :

- Lord Sab's Games Site
- Lord Sab's Love Site

Biar sab terangkan sikit tentang website tu, untuk website games tu..sab ada letak game yang simple2 je..senang cakap game budak2 la..hehe..budak perempuan kan suka main game2 camtu..haha... untuk budak2 lelaki lak, sab ada letak games review kat situ..korang try la tgk..game2 yang sab letak tu semua sab dah main..kalo jumpa sab dlm game tu nnti tegur2 la ye..hehe.. game tu game online je ye..

Untuk laman jiwang sab tu..huhu.. love site, sab fokuskan pada love poem..hee...malu la pulak tetiba..huhuhu..tutup muka pat!!! So, kalo ada yang suka tulis2 poem ni, sila2 la antar kan poem anda kepada sab menerusi laman love tu...

Sekian sahaja post kali ini..esok nak keje..xleh tido lambat2..kang x bangun lak nnti..payah plak..huhu..

ok, Assalammualaikum...