Tetamu (tinggalkan jejak anda)

Khamis, November 12, 2009

Cinta Iman vs Cinta Hawa nafsu

Assalammualaikum..

Cinta adalah hadiah dari Allah SWT dan merupakan salah satu daripada fitrah semulajadi yang Allah tetapkan pada manusia, sepertimana ibu yang cintakan anaknya tidak perlu di ajar, dan isteri mencintai suaminya.

Cinta boleh didifinasikan sebagai sayang, kasih dan menghargai, tetapi malangya, kebanyakan daripada kita menyempitkan definisi cinta ini kepada orang-orang tertentu khususnya kepada orang yang disayangi bahkan cinta kepada perkara yang membawa kepada haram seperti cintakan harta, kuasa dan perempuan.

Cinta boleh dibahagikan kepada dua, pertama, cinta kepada Allah yang lahir daripada iman, dan kedua, cinta kepada selain dari Allah yang lahir daripada hawa nafsu. Kebanyakan manusia pada hari ini mendapatkan cinta daripada sumber yang salah, iaitu hawa nafsu yang hanya akan mengakibatkan kita lalai dan jauh daripada Allah, bahkan ianya akan membawa ke neraka, nauzubillah!. Jika cinta itu lahir daripada keimanan yang mantap, maka kita akan merasakan kenikmatan yang tinggi bahkan merasakan bahawa kita dekat dengan Allah, apabila lahir kesemua ini, maka hati kita akan merasa tenang setenangnya, dan ganjarannya adalah syurga!

Surah Ar-Ra’d, 28: Ketahuilah hanya dengan mengigati Allah, hati akan tenang.

Cinta yang lahir daripada iman, akan menghalang kita daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT, sebagaimana seorang wanita mencintai jejaka idamannya, maka dia akan meninggalkan perkara yang tidak disukai oleh temannya.

Hadis Nabi SAW:


“Bagi setiap muslim yang melihat kepada kecantikan seorang wanita, lalu dia segera mengalihkan pandangan, lalu Allah akan timbulkan suatu ibadat yang akan dirasakan kemanisan dalam hati. – Riwayat Imam Ahmad.

Renungilah kisah Mus’ab bin Umair yang cintakan Islam sehingga sanggup mengenepikan ibunya yang inginkan dia kembali kepada kekafiran. Katanya:

“Ibu, jika mempunyai 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu per satu dengan ugutan saya kafir, nescaya saya tidak akan beganjak...”

Kembalilah kepada cinta yang sebenar, letakkanlah Allah di atas segala-galanya, lebihkan akhirat dan insyaallah dunia akan datang dengan sendirinya…ingatlah, kematian akan menjemput..


p/s: copy & paste untuk para pembaca dengan niat fisabillah..

1 comments:

Daina berkata...

Apabila cinta kan seseorang kerana Dia pasti kita xakna kecewa walaupun ditinggalkan...huhu

Catat Ulasan