Tetamu (tinggalkan jejak anda)

Sabtu, Julai 31, 2010

FRIENDS AWARD








Assalammualaikum..

Huhu..terkejut gak tadi..tibe2 dpt msg ckp dpt award dari pada Cik Itam 
Sy ni bab2 award ni baru lagi..x tau camne diorg main nie...ngee~ papepun..try je la..bila lagi kn nk mencube..tgk mcm best jek...

Award yg sy dapat ni ialah  FRIENDS AWARD




Ini syarat2 untuk award yg sy dapat nie..





  • Bagi siapa sahaja yang menerima award ni, diharuskan memberikan/tag kepada lima orang lagi .


    • Selepas itu, si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog/artikel masing-masing ( kat entri tau).








    Sebelum korang letak link-link di atas , padamkan dulu link yang berada di no 1 . kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti link no 2 menjadi no 1 , link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya . Selepas itu , masukkan link korang di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5 . ok ? paham tak . Tapi korang semua kena jujur dan adil ye dalam menjalankannya . Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul , maka jumlah backlink yang didapat ialah :-

    Posisi 5 : Jumlah Backlink = 5
    Posisi 4 : Jumlah Backlink = 25
    Posisi 3 : Jumlah Backlink = 125
    Posisi 2 : Jumlah Backlink = 625







    Posisi 1 : Jumlah Backlink = 3,125

    Menurut info dari SEO ( Search Engine Optimation ) ramai blogger telah mendapatkan 1,953 ,125 backlink dan keuntungannya : Blog korang akan mendapatkan trafik tambahan , apalagi jika ada yang meng’klik’ link ke blog korang .
    Selain mengeratkan persahabatan antara blogger , award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog korang.


    Kesimpulannya: Award - Dapat ramai kawan - Backlink - Trafik - Pagerank meningkat.






    Ok sekarang sy nk tag 5 org ni utk dapatkn award ni :


    1. renex(cucuku)
    2. Nadey
    3. mrshelmee
    4. qistinacorner
    5. floellen



    siap dahhhhhhhhhhhhhh....ngee~





    Jumaat, Julai 30, 2010

    Kisah Gajah (Mental Block)

    Assalammualaikum..

    Hai semua para pembaca mahupun blogger..post kali ni, saya x nak cerita pasal software lagi..kita cerita pasal lain..hua3.. Kali ni, saya nk bercerita lak..pasal kisah gajah.. Huh! Gajah!...Apa ada ngn gajah nie? adess..

    Dah2..kang x bercerita lak..camni ceritanye..jeng..jeng...jeng..

    Ada seekor gajah. Gajah ni daripada kecik diikat ngn seutas rantai besi..oleh sbb diikat rantai, dia hanya boleh bergerak dalam lingkungan 4 meter jek. Bertahun-tahun dia hidup mcm tu..Dia makan, minum dan bermain dalam lingkungan 4 meter tu jek.. Lama-lama dia jadi terbiasa. Dia menganggap dunia dia setakat 4 meter tu je..


    Sekarang dia dah besar..gajah dewasa setinggi 3 meter n berat beratus kilo.. Tapi, dia masih lagi berada dalam lingkungan 4 meter tu. Padahal, bukan setakat rantai besi, tembok simen pun boleh dia pecahkan. 
    Penjaga dia menggantikan besi tu ngn seutas benang pulak..uik..benang?? hairan bin ajaib, dia masih juga bergerak dalam kawasan keramat 4 meter tu.. Dia sudah 'terperangkap'..

    Apa yang kita boleh belajar dari cerita tu?? ermm..ape ek?


    Kita sebagai manusia pun selalu mengalami masalah yg sama ngn gajah tu. Bukan 'road block', tapi 'mental block'..iaitu sekatan minda. Kita rasa takat ni saje boleh buat.. Sudah sampai hadnye..kalau lebih, over limit..dah x boleh..nanti meletup..terbakar n mati...hua3..

    Ada orang yg sejak kecik hanya dihantar dan diambil oleh ibu bapanya..dia x penah menunggang basikal ataupun motosikal apatah lagi memandu kereta. Bagi dia, bawak kenderaan sangat susah n merbahaya.. Dia rasa x yakin..

    Hari ni, dia sudah jadi bos kilang kereta..pakai Jaguar dan Ferrari.. Tapi yg bawa, yang boleh menikmati kehebatan kereta tu..adalah driver dia. Dia masih juga jd penumpang..duduk kat belakang, baca surat khabar..pasal ape? pasal x berani nk bawak kereta..

    Cuba kita tgk diri kita..ada x 'benang' yang meengikat kita? Putuskn benang tu dan bergerak keluar dari 'kurungan' yang mengurung kita. Kalau kita fikir kita boleh, kita pasti boleh..kalau kita fikir kita gagal..nah..pasti kita gagal..

    Setiap hari peluang muncul. Malangnya kita ambil tangan, tutup mata. Tutup telinga kita, fikiran kita..hidup kita dan diri kita.. Peluang lalu saje dan menjadi sia-sia. Kita mesti bersedia di peringkat seterusnye..hidup ni kena maju, maju n terus maju.. Jangan berhenti sebelum masanye.. Salah satu ciri-ciri benda hidup adalah bergerak..so.. jangan kita 'mati' sebelum masanya.


    p/s: Cerita ini hanya utk kongsi ngn para pembaca dan untuk diri sy jugak.. yang mna baik.jadikn sbg pedoman..n yg mna x elok tu..kita jdkan sempadan.. Orait..! TAMAT.


    Semoga Terhibur!



    Rabu, Julai 21, 2010

    TeamViewer v4

    Salam Sejahtera..

    Apa yang ingin saya kongsikan disini? Ya..seperti tajuk post, TeamViewer...apa itu teamviewer? Baiklah..sebagai seorang pelajar IT, TeamViewer adalah sangat penting..
    Teamview ini apabila disambung bersama rakan yg menggunakan teamview yg sama.. ia dapat memaparkan screen rakan kita di sana..

    Kita dapat mengawal komputer rakan kita dari jarak jauh..saya gunakan perisian ini untuk membantu rakan-rakan jika mereka mengalami masalah dlm komputer mereka.. Secara tidak langsung, perisian ini dapat menjadi suatu tempat tutorial secara maya.

    Bila dengar dapat mengawal komputer kita? ramai yang akan berasa takut jika sekiranya rakan kita menyalahgunakan perisian ini. Jangan risau, kita masih boleh mengawal komputer kita juga pada masa yang sama. Rakan kita tidak akan dapat mengawal komputer kita sekiranya kita menggerakkan "mouse" kita.

    Dengan perisian ini juga, kita dapat menghantar sesuatu "file" kepada rakan kita dengan secepat mungkin.

    Antaramuka Teamviewer Ini adalah seperti di bawah :




    Jika anda teringin untuk mencuba perisian ini, anda bolehlah "download" dari


    Selepas "download":
    1. Extact file tersebut ke desktop.
    2. Sebuah file "Teamviewer - Crack" akan terpapar.
    3. Klik file tersebut dan install teamviewer..selepas install.. "close" teamview tersebut dahulu.
    4. Buka file crack yang ada di dalam file "Teamviewer - Crack"..dan run crack
    tersebut(TeamViewer 4.0.5459 crack.exe).
    5. You got a full version!


    SELAMAT MENCUBA....





    Ahad, Julai 11, 2010

    Software Dj - Sam4 Broadcaster

    Salam 1 Malaysia,

    Kebelakangan ini, ramai dikalangan kita yang sudah menceburi ke bidang yg berkaitan dengan penggunaan internet. Di alam perkerjaan juga, kita telah didedahkn dengan penggunaan internet dengan meluas.

    Dengan adanye internet, maka hari ini kita dapat melihat kewujudan radio online atau maksud lain, radio berasaskan internet... Apa maksud tu??? Maksudnye, radio ini hanya dapat didengar menerusi rangkaian internet sahaja. Ia tidak mempunyai frekuensi radio seperti radio2 yang terkenal sekarang ni..(contoh: HotFM,SinarFM dan lain2 lagi la).

    Post kali ini, saya akan berkongsi minat/hobi yang boleh memberi sedikit info kepada pembaca. Seperti yang kita ketahui, radio online sekarang ni dah banyak..tp pernahkah korang terfikir, ape software yg diorg gunakan untuk berdj atau mainkan lagu? Sambil-sambil kita berchatting atau melayari internet, ape salahnye kita mendengarkan radio online ini.

    Ada dikalangan kita yang menggunakan faedah dari radio online ini utk perniagaan mereka. Mereka membuat iklan dan berchatting...malah dalam masa yang sama, mereka telah meningkatkan "networking" bg bisness mereka tu.. Ini salah satu alternatif yang lain bg perniagaan di internet skang.

    Baiklah, berbalik kepada perisian yang ingin saya kongsi kali ini.Dengan perisian "Sam4 Broadcaster" inilah yang mereka guna utk berdj atau pun mainkan lagu2.. Perisian ini nampak susah nak dikendalikan pada mulanye..tapi lama2 dah biasa dh.. Perisian ini khusus utk para dj..dan pada sape2 rasa nk try dj..leh la cube orait..


    Kat sini saya ada tunjukkan antaramuka/interface bagi perisian tersebut :



    hahaha..nampak agak complicated skit kan...tapi kalo pandai explore..pasti bleh la..

    Oh ye, kepada yang berminat utk mendapatkan software ni..anda boleh la melayari ke laman web ini http://www.spacialaudio.com/


    Situ tu kiranye laman web rasmi diorg la..tp kalo nak lagi mudah..just download saje dari file sy..

    - dapatkan SAM4 Broadcaster-Mediafire

    itu perisiannyer..demo jek tu..kalo nk original..kena la beli..tp sy ada patch yg boleh jadikn nyer ori..

    - dapatkan patch sam4 broadcaster-Mediafire


    Ok semua, selamat mencuba! kalo ada ape2 nak tanye..just komen post ni orait?
    zasssssssssss...........




    Khamis, Jun 10, 2010

    Atomic Virtual Dj - software



    Salam semua,

    Mungkin ada di kalangan para pembaca kat blog sy ni adalah rakan sy sendiri...dan sudah tau sy sebenarnye seorang deejay di sebuah radio online..

    Sebenarnye, sy jarang berdeejay dah bt sementara nie.. kasi chance kt deejay2 baru lak..ngee~
    Tapi bkn itu yg saya nk kongsi pada post kali ini.. Mungkin ada di kalangan pembaca ni yg minat music dan ada gak yg ingin lebih dari itu..maksud sy, ingin cube berdeejay??

    Baiklah, di sini..sab ingin berkongsi satu software deejay..kepada yg berminat tu..leh la cube2 orait..hehe.. Software tu namanye "Atomic Virtual Dj"..kalo yg bosan2 tu...x tau nk bt ape..hehe..ape kata korang cube2 main ngn benda ni..

    Software ni trial..tp anda boleh crack..maksudnye anda dh boleh guna terus..x perlu bimbang ttg limited days yg dia kasi masa trial tu...


    Features:
    • Twin independent zero-latency players with:
    • Standard controls (play, pause, stop, cue)
    • Volume control
    • Pitch control (from -34 to +34%)
    • 3 band equalizers with Kill + gain
    • One-click beat matching and synchronisation (new FAME algorithm)
    • BeatLock engine: your songs will always stay in time, and you can work your mixes incredibly faster than any other DJ could
    • Automatic beat-matched crossfading
    • On-the-fly automatic BPM calculation
    • Automatic pitch matching
    • Automatic level matching
    • Automatic beat matching
    • Dynamic beat visualizer for easy “drag’n'drop” beat-matching
    • Real scratch simulation
    • Virtual scratch: Scratch your mp3 with your bare hand
    • Automatic beat-aware LOOP function
    • Synchronised sampler with 12 instant slots
    • Master Tempo pitch algorithm
    • Automatic first beat and last beat detection
    • Automatic 4/4 phase detection
    • OSC network synchronisation
    • Infinite number of beatlocked desks (local multi-instance or network)
    • Infinite number of cue points saved per songs
    • Beat-aware effect plugins (included: beatgrid, flippin, vocal remover, filter, flanger, backspin, brake, etc…)
    • VST effects compatibility
    • Video mix with TV output (mix songs and/or video clips !)
    • Full karaoke support
    • Proprietary of FreeFrame video effects
    • Inifite number of video effect simultaneously
    • DJ-adapted video transition plugins
    • Song database engine with easy-to-use search feature
    • CoverFlow or text-only song browsing
    • Compatible with iTunes playlists
    • ID3 compatibility
    • Automatic “filter” folders
    • Automatic Hot-Swap of external harddrives
    • Ready-to-burn file recording to burn your own mixed CDs
    • Broadcast on the Internet
    • CD to MP3 encoder
    • Optional 3D sound card, 2 sound cards or Y-splitter for real-time monitoring or external mixtable use
    • ASIO soundcard compatibility
    • Fully customisable (skin engine and shortcut macro enngine)
    • External MIDI keyboard compatibility for shortcuts
    • Compatibility with most external controllers (DMC2, DAC3, iCDX, TotalControl, BCD2000, DJConsole, etc…)
    • Optional automatic mixing: Virtual DJ recognizes the style of the music (techno, hip hop, lounge) and adapt its mix in consequence


    Anda boleh download software ini kat sini :

    Selamat Mencuba!!


    Selasa, Jun 08, 2010

    Photoshop Portable Cs5

    Salam

    Di sini sab ingin berkongsi software..
    Mcm sab, sab minat design2 nie..jadi sab byk menggunakan software photoshop..tp bkn full punye..just guna yg portable jek..lebih ringan sikit dari yg full..

    jadi kepada rakan-rakan yg minat @ nk cube2 photoshop, anda boleh la cuba menggunakn aplikasi photoshop portable cs5 ni dlu..

    pape pun, sharing is caring!

    file nyer leh download kat ---> sini

    Selamat Mencuba!!

    Balik Penang

    Salam semua,

    Maaflah sbb dah lama x update blog ni..adess..
    bukan pe..busy skit..huhu...
    anyway, sekarang ni sab dah 2 minggu kt umah dah...
    rindu kt umah nie...huhu..leh spent time kt umah...homesick ke aku ni dlu?? ermm...

    Erm..nk cite pe yer? ohye, selepas pulang dari Bangi, sab berehat dlu di umah sambil2 amik permintaan rakan yg ingin bt website.. katanye, website tu untuk bisness minuman dia..
    Hua3..mula2 tu malas gak la nk buat website utk org nie...website sendiri pun dah lama x terurus..ekeke..

    Pastu dia kata..nk kasik upah bt website tu.. Ape lagi dah ngar ada upah..hehe..sab pun amik la peluang tu...dan siapkn.. katanye, nk website yg free2 jek..x yah bayar... itu lagi la senang!!!
    Sab pun cepat2 la buat seperti yg di minta..akhirnye siap jugak website yg diminta..

    Kepada sesiapa yg ingin singgah ke website tersebut, boleh la melayari ke :



    Kepada yg berminat utk mendptkn produk tersebut..boleh la berurusan terus ngn En.Azri...sila2 la layari ke website tersebut..


    Ok! setakat tu cite pasal website yg sab buat..katanye lagi..dia ada projek lain utk sab lak..n akan kasi upah gak..ades...ape pun, sab kena rileks dlu..coz baru jek abis tension2 ni..huhu...

    Sampai sini dlu ek..cite pasal ni...dan utk post yg berikutnye nnti...sab akan ceritakn ttg kejadian yg menimpa diri sab ari tu...stay tune!





    Selasa, Mac 16, 2010

    Reunion TR 2010

    Assalammualaikum,

    Alhamdulillah...dapat lagi kita bertemu semula dan dapat lagi sab post kn sebuat coretan untuk blog kesayangan sab ni.. Sekarang ni, sab agak sibuk dan x dapat nk post sgt kat blog ni.. nak siapkan tesis yg x berjalan2 lagi..hehe..


    Pada 13 Mac 2010 bersamaan dengan hari sabtu, kawan2 telah merancang untuk membuat satu reunion yg berlokasi di Sg. Gabai.. Tujuan kami buat reunion ni utk merapatkan lagi hubungn silaturahim di antara kami yg sudah 3 tahun terjalin sejak masuk ke UKM. Reunion ni hanya kepada pelajar melayu jek...


    Kami berkumpul di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia,UKM pada pukul 7 pagi..dan selepas semua telah hadir, kami pun bertolak dari situ dalam pukul 7.30pg... Nasib baik lah ramai gak yg ada kenderaan time tu..so kami pergi dengan 4 buah kereta.. Kitorang konvoi ramai2 g sana..hehe..


    Pada mulanya, sab bersama 2 org rakan di dlm kereta yg berasingn agak ketinggalan sikit.. jadi ada yang pergi dulu.. Tapi yang peliknye, kitorang lak yg sampai kat sana dulu..adess... Beberapa minit kemudian baru la nampak sebuah kereta rakan kami sampai..tp..mana lagi 2 buah kereta?? Hah? adakah mereka telah termasuk ke dimensi lain?? huahuahua...


    Rupa-rupanya 2 buah kereta lagi tu terlepas simpang..so dah tersesat..nasib baik la yang drive tu pun tau jalan gak..asyik leka berbual terus terlepas simpang..hehe.. Hai...macam2 perangai dak2 ni..


    Sab dan rakan yang telah sampai awal tadi, cepat2 cari port.. Nasib la kami datang awal..so x susah la nk cari tempat yg btol2 sesuai.. Kami akhirnye jumpa satu tempat yg agak best la..hehe..nnti kita usha gambar tu...


    Yang mana dah sampai dlu tu, kitorang cepat2 bakar arang nk hidupkan api.. Adess...lupe lak nk bawa surat khabar..camne nk idupkan api ni..huhuhu... n sebab tu gak le sab ngn kawan g carik daun2 kering utk jdikn bahan bakar..adoi...


    Last2, ramai lak yg tolong nk hidupkan api tu..abis dibakarnye tisu2..hehehe...kelakar diorang ni.. So, disebabkan ramai dah kat situ..sab n rakan len cadang nk naik ke atas lagi..nk tgk pe ada kt air terjun tu...so kitorang pun g la explore..


    Jalan punye jalan..macam2 benda dah jumpe..ada satu pokok tu.. dalam banyak2 pokok..sebatang pokok tu jek kaler kemerah-merahan... pastu ada jumpe macam2 lagi la.. Dan last sekali kami sampai ke satu cabang sungai.. jadi kami membuat keputusan untuk berhenti sampai di situ saje..


    Kang jadi pape hal susah lak..huhu..kami pun patah balik n join kawan2 yang lain.. Kitorang sampai jek, semua dah siap..ayam pun dah siap bakar..perghhh...mmg sedap le..besh2..terima kasih kepada kawan sab, Husni sbb dia bt ayam bakar tu..mmg layannnnn...yum2..lapor la plak cite pasal ayam bakar ni..adoiii...


    Kami pun mandi n bergurau senda ngn rakan2 yang lain..ada yang main luncur2..ada yang men selam2..mcm2 perangai ada..pape pun mmg happening la masa tu.. dan masa tu jugak lah akan jadi suatu kenangan yang terindah buat kami semua.. I love u alllllllllll....


    Cerita jek x besh lak kan, kat sini sab ada sertakan sekali gambar yang dapat kami rakamkan sebagai kenangan abadi buat kami..








    " Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu... Tidak dapat diketahui seseorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.. Tidak dapat dikenal seseorang itu berani
    melainkan pada waktu berjuang.. Tidak dapat dikenal seseorang itu SAHABAT melainkan waktu kesusahan.."


    Ahad, Februari 28, 2010

    Moto ku sudah kembali pulih

    Assalammualaikum..

    Baca tajuk post ni jap..? knp ngn moto sab? hah?
    x tau ek ape dah jadi ngn moto kesayangan sab tu?

    Camni citenye...
    Ntah bila ntah..tarikh dah x ingt..hehe..sab nak g ke kl, utk daftar perniagaan..so park la moto ni kat komuter kat ukm tu..pastu sab pun g la kl..
    balik je dari kl..sab usha dari stesen, fuh! alhamdulillah..moto masih ada n selamat..so, sab g je la kt moto sab...sampai je kt situ..dah rasa len mcm..

    rupenye, ada org wat "keje" dah ngn moto sab ni..aduhhh...dia dah rosakkn kunci pada handle moto n kunci solex sekali..siot punye pencuri...nasib baik ko bodoh, xleh curik...kalo x abis moto sab... dah le solex x dpt buka..ada hati nk buka kunci handle lak..agak2 la...

    so..mlm tu gak la, sab n kwn2 leraikn ape2 yg patut..baru la leh tolak moto tu bawa balik umah..huhu..agak lama gak la moto tu tersadai kat umah..nk tunggu kunci spare, tokey tu kata paling lewat 1 bulan..adess..lama gilak...

    pastu, smlm sab g tanye sebuah kedai moto yg len ni..tgk2 dia ada spare kunci tu..fuh! alhamdulillah..dapat gak siapkn moto sab tu..dah la lama x bergerak moto kesayangan tu..adess.. last2..kena rm150..abis lagik duit aku...

    skang ni..moto dah settle..dah leh g kuliah..asik monteng jek...ekeke...alamak terckp kat sini..kantoi... leh la sambung tesis yg tergendala aritu..

    so pda korang yg ada moto tu, jg la moto korg baik2..sentiasa beringt2..patut la sab rasa len mcm jek bila nk tingglkn moto tu kt sana aritu..ada benda x elok nk jd rupenye...takpe2..pengalaman tu...pengalaman mengajar kita kan..hee..

    ok la..sampai sini dlu post kali ni..senang2 sab akan tulis lagi ok..bye!
    zassssssssssssssssss....






    ni la gambar yg sempat sab amik..kitorang dah buka tempat kunci tu..dah x leh guna lagi...






    Rabu, Januari 20, 2010

    Sakit Kepala

    Assalammualaikum..

    [short post]
    Arghhh!!!!
    sakit kepala..aku x tau kenapa sejak dua menjak ni kepala asyik sakit je..berdenyut2..
    aku banyak problem sekarang..hurm...bila aku pikir je..sakit kepala tu datang..arghh..SAKIT!!!

    I need someone to talk to..hurm..MAK...MAK...along rindu mak...
    hm...along sakit kepala..dah x tau nk buat ape nie...bila pikir lebih je..along terasa sakit sgt2..

    hurmm...agaknye...hm..x baik pikir pasal tu..lupakan la..
    Along nk minta maaf...minta maaf pada semua..jika ada along wat salah sepanjang hidup along di dunia ni.. along nk semua hepi..walaupun along dah xde nanti..

    kepada rakan2 aku, aku minta maaf jika selama kita berkawan..aku ada menyinggung perasaan korang..

    terakhir dariku..
    jaga diri..

    arghhh!! sakittttt...